Monday, August 8, 2011

BAHAYA KANSER ?

BAHAYA KANSER DARIPADA KENDERAAN?

Ini sangat menarik!  Buku panduan (manual) sesetengah kereta ada syor supaya menurunkan tingkap-tingkap bagi melepaskan semua udara panas keluar sebelum menghidupkan suis penghawa dingin dalam kenderaan. MENGAPA?

Tiada  siapa  menyangka semakin ramai orang mati akibat kanser berbanding sebelum ini.  Kita agak dari mana puncanyan perkara ini belaku.  Di sini ada satu contoh yang menerangkan satu daripada kebanyakan punca kanser terjadi.

Banyak orang berada dalam kereta mereka terutamanya pada waktu pagi hinggalah waktu malam, tujuh (7) hari hari satu minggu.  Ketika saya membaca artikel ini, ia membuat saya merasa bersalah kalau tidak dikongsi bersama.  

Oleh itu, sila panjang-panjangkan maklumat ini kepada seberapa ramai orang yang mungkin. Mana tahu, ianya mungkin berguna  supaya tidak terlambat untuk membuat perubahan.

Petikan artikel itu saya muatkan dibawah. Terlebih dahulu saya minta maaf jika terdapat kesalahan nahu dan tatabahasa.  Artikel ini telah sedaya upaya saya terjemahkan daripada Bahasa Inggeris kepasa Bahasa Melayu.


PENDINGIN  HAWA KERETA (Air Cond)
MESTI BACA!!!
Beberapa perkara yang perlu anda tahu dan lakukan apabila masuk ke dalam kenderaan, terutamanya kenderaan yang telah berjemur di tengah panas.

1. JAGAN  HIDUPKAN  pendingin hawa (Air-cond) sebaik sahaja anda memasuki kenderaan.
2. Turunkan semua cermin tingkap selepas memasuki kereta anda, dan
3. kemudian hidupkan  pendingin hawa (Air-cond) selepas satu dua minit

Ini adalah SEBABnya : Daripada satu penyelidikan, papan pemuka kereta (dashboard), kerusi, saluran pendingin hawa  malah semua benda-benda plastik  di dalam kenderaan anda akan mengeluarkan bauan berupa gas iaitu “Benzene”,  ia adalah  penyebab Kanser - bauan gas ini adalah gas beracun  (toksin) iaitu BIGCARCINOGEN”.

Cuba ambil sedikit masa menghidu bau plastik hangat di dalam kereta anda, apabila anda mula-mula membuka pintu kenderaan anda, atau SEBELUM anda menaikinya.  Sebagai tambahan kepada menyebabkan kanser,  Benzene  juga adalah penyebab keracunan tulang anda, penyebab anemia dan mengurangkan kandungan sel-sel darah putih dalam darah.

Pendedahan berterusan terhadap Benzene boleh menyebabkan penyakit leukemia dan meningkatkan risiko sesetengah kanser.  Ia juga boleh  menyebabkan keguguran kepada wanita yang sedang hamil.

TAHAP BENZENE
Tahap Benzene yang boleh diterima (selamat) di dalam rumah ialah: 50mg setiap kaki persegi.
 

Sekiranya sebuah kereta yang diletakkan di dalam bangsal, dengan cermin tingkap tertutup, akan mengumpulkan sekitar 400-800 mg Benzene.
 

Jika kenderaan berada di luar, terdedah di bawah panas matahari, dengan suhu di atas 60 darjah Farenheit, tahap Benzene meningkat  antara 2000-4000 mg,  iaitu 40 kali ganda daripada tahap biasa (selamat).

Seseorang yang memasuki kereta itu,  dengan membiarkan cermin tingkap tertutup, akan menyedut toksin BENZENE dalam jumlah yang berlebihan secara tidak langsung.

Benzene ialah toksin yang boleh memberi kesan tidak baik kepada buah pinggang dan hati anda.  Apa yang lebih buruk, racun (toksin) ini sangat sukar untuk disingkirkan daripada tubuh anda.

Jadi rakan-rakan, pastikan turunkan cermin pintu kereta anda bagi  membolehkan udara hangat dalam kenderaan keluar (bagi menghilangkan toksin berbahaya) sebelum anda memasuki kenderaan.

Semoga apa yang dikongsikan ini ada manfaat untuk anda.

No comments:

Post a Comment