Thursday, May 29, 2014

Biodata Syeikh Faqih Dr Wahbah Al-Zuhaili

Biodata Syeikh Faqih Dr Wahbah Al-Zuhaili


Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili (selepas ini digelar Syeikh sahaja) dilahirkan di negeri Syam. Bumi Syam merupakan bumi yang mempunyai keberkatan kerana doa Nabi SAW dalam hadith yang sahih :

اللهم بارك لنا في شامنا
Maksudnya : “Ya Allah! Berkatkanlah bagi kami negeri Syam kami”

Sejarah juga telah membuktikan ramai tokoh-tokoh terbilang lahir di negeri Syam sejak zaman berzaman dahulu lagi antaranya Sultan al-Ulama’ Iz Al-Din bin Abd al-Salam, Imam al-Nawawi dan ramai lagi.

PERKAMPUNGAN SYEIKH
Syeikh dilahirkan pada tahun 1351H bersamaan 6 Mac 1932M diperkampungan Dir ‘Atiyah, satu kawasan di Qalmun daerah al-Nabk iaitu di pinggir Kota Damsyiq.

Beliau dinamakan dengan Wahbah Mustafa al-Zuhaili dan digelar Abu ‘Ubadah. Ini kerana salah seorang anaknya bernama ‘Ubadah. Ayahnya bernama al-Haj Mustafa al-Zuhaili yang merupakan seorang hafiz al-Quran dan seorang yang banyak membawa siang dan malam. Seorang yang banyak beribadat dan berpuasa dan memelihara solat jemaah di masjid. Ayahnya bekerja sebagai peladang dan peniaga.

Ibunya pula bernama Hajjah Fatimah binti Mustafa Sa’adah. Seorang ibu yang dihiasi dengan sifat warak dan bepegang teguh dengan syari’at dan beramal dengannya.

PENDIDIKAN DAN KEHIDUPAN ILMUNYA
Beliau mendapat didikan dan tarbiyah sejak kecil lagi dari kedua orang ibu bapanya. Syeikh juga mempelajari sekolah rendah dan tamat di perkampunganya sebelum berpindah ke Kota Damsyiq atas dorongan ibunya.

Kemudian Syeikh menyambung pengajian menengah dan thanawi di Kota Damsyiq. Syeikh pernah menceritakan bahawa beliau pernah belajar dengan seorang tokoh Nahu pada zamannya yang terkenal iaitu Syeikh al-Kafrawi.

Seterusnya Syeikh menyambung pengajian di Kuliah Syariah di mana maahad tersebut merupakan taraf yang cukup tinggi di Syiria. Di Kuliah Syariah, Syeikh telah belajar hamper 6 tahun dan mendapat darjah Tajhiz – Thanawi – Syar’iyyah pada tahun 1952.

Kemudian Syeikh menyambung pengajian ke Mesir. Beliau telah belajar di beberapa Kuliah dan di beberapa university pada waktu yang sama. Namun secara khususnya, beliau mempelajari di Universiti al-Azhar dalam dua Kuliah iaitu Syari’ah dan Lughah Arabiah. Begitu juga beliau belajar di Kuliah Undang-undang di Universiti ‘Ain Syams.

Beliau telah mendapat sijil seperti berikut :
i. Sijil Syahada ‘Aliah dalam Syariah Islamiah daripada Kuliah Syariah, Universiti al-Azhar tahun 1956. Kedudukannya ialah tempat pertama dari keseluruhan pelajar.

ii. Ijazah Takhassus dengan pengajaran dan pendidikan daripada Kuliah Lughah Arabiah, Universiti al-Azhar tahun 1957.

iii. Seterusnya beliau meneruskan pengajiannya pada peringkat Master dan pada tahun 1959 beliau telah memperoleh Master dalam Syariah Islamiah dari Kuliah Huquq (Undang-undang) dan tajuk risalahnya ialah al-Zara’I Fi al-Siasah al-Syar’iyyah wa al-Fiqh al-Islami.

iv. Selepas itu beliau meneruskan kajian ilmiahnya untuk mencapai Ph.D pada tahun 1963 di mana tajuk tesisnya Athar al-Harb Fi al-Fiqh al-Islami : Sebuah Kajian Perbandingan "Pengaruh Peperangan Dalam Perundangan Islam: Meliputi 8 Mazhab dan Undang-undang Sekular Antarabangsa". Beliau telah diselia oleh Prof. Dr. Muhammad Sallam Madkur.

Akhirnya Syeikh telah dianugerahkan martabat Syaraf Ula dan datang qararnya dengan tausiat untuk diedarkan tesisnya tersebut antara unversiti-unversiti yang lain

KERJAYA DAKWAH
1. Semenjak tahun 1963, beliau telah mengajar di Universiti Damsyik (Damascus University) di mana beliau telah meraih gelaran Profesor sejak tahun 1975.

2. Beliau menjadi ahli dalm Royal Society untuk penyelidikan tamadun Islam Yayasan Aal al-Bayt di Amman Jordan serta banyak lagi badan-badang Islam di seluruh dunia termasuk Majlis Syria al-IFTA, Aademi Fiqh Islam di Jeddah, Arab Saudi dan Akademi Fiqh Islam Amerika Syarikat, India dan Sudan.

3. Beliau juga merupakan Pengerusi Institut Penyelidikan bagi Institusi Kewangan Islam.

4. Selain itu, beliau turut berkhidmat sebagai perundang dalam bidang Syariah Islam kepada syarikat-syarikat dan institusi kewangan Islam termasuk Bank Islam Antarabangsa.

5. Beliau turut dikenali sebagai pendakwah Islam yang terkenal yang kerap muncul dalam program televisyen dan radio. Dulu, beliau merupakan Imam dan pendakwah di Masjid Usman di Damsyik.

PENDIRIAN BELIAU
Dalam bidang Akidah, Dr. Wahbah mempertahankan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang terdiri daripada kelompok Asyairah dan Maturidiah. Menurut beliau mengikut salah satu daripada 4 mazhab (Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hanbali) adalah tidak wajib.

Apa yang diwajibkan bagi orang awam adalah mengikut pendapat Mufti mereka yang tergolong dalam kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Menurut beliau juga, sambutan Maulidurrasul adalah diharuskan.

Selain itu, beliau berpendapat adalah dibenarkan untuk bertawasul kepada Nabi dan para wali. Beliau tidak suka berhujah dengan golongan Salafi. Namun beliau berpendapat Salafi, Wahabi tidak kafir. Walau bagaimana pun, banyak pandang-pandangan mereka (Salafi Wahabi) yang beliau tidak persetujui.

KITAB DAN KARYANYA
Antara karya-karya beliau ialah:

 1. Athar al-Harb fi al-Fiqh al-Islami: Dirasah Muqarin.
 2. Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh.
 3. Usul al-Fiqh al-Islami .
 4. Al-Fiqh al-Shafi'i al-Muyassar.
 5. Al-Fiqh al-Islami `ala Madhhab al-Maliki.
 6. Financial Transactions in Islamic Jurisprudence.
 7. Al-'Alaqat al-Dawali fi al-Islam.
 8. Al-Huquq al-Insan fi al-Fiqh al-Islami bi al-Ishtirak ma` al-Akhireen.
 9. Al-Islam Din Shura wa Dimuqratiyah.
10. Haqq al-Huriyah fi al-'Alam.
11. Asl Muqaranit al-Adyan.
12. Al-`Uqud al-Musama fi al-Qanun al-Mu`amilat al-Madani al-Emirati.
13. Tafsir al-Munir.

No comments:

Post a Comment