KELEBIHAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH
Rasulullah SAW menyampaikan sebuah hadits di hadapan para sahabatnya, ketika menanyakan salah seorang jemaahnya tidak terlihat dalam saf subuh berkali-kali :
”Sungguh, solat yang paling berat bagi orang munafik, adalah solat Isya' dan solat subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, mereka pasti mendatangani keduanya, sekalipun dengan merangkak” (HR. Bukhari-Muslim).
Banyak ulama hadits menilai tentang penjelasan hadits ini, di antaranya bahwa untuk menilai seseorang apakah sungguh-sungguh beriman atau malah munafik, maka dapat dilihat solat subuhnya.
Solat subuh berjemaah adalah satu di antara solat fardhu (wajib) 5-waktu yang utama selain keutamaan solat Isyak berjemaah dan memiliki keutamaan tersendiri, antaranya :-
1. Merupakan solat paling utama yang diwajibkan pada kaum Muslimin. (merupakan solat yang sejak awal disyariatkan tetap 2-rakaat).
2. Azan subuh berbeza dengan azan solat wajib lainnya, dengan menambahkan ’Ash-shalatu khairum minan naum’ – ”solat itu lebih baik dari tidur, sebanyak 2 kali”.
3. Rasulullah SAW memberikan doa khusus setelah solat subuh, yang berbeza dengan solat lain. Doa ini sebagai tambahan ’wirid’ penutup solat.
Diriwayatkan oleh Abu Dzar RA, bahwa Rasulullah SAW bersabda :
”Siapa mengatakan setelah solat subuh, sebelum meninggalkan tempat duduknya dan berbicara sedikitpun – La ilaha illallahu wahdahu la syarikalah lahul mulku wa lahul hamdu yuhyi wa yuhyi wa yumitu wahuwa ala kulli sya in qadir – sebanyak 10X, maka akan ditulis baginya 10 kebaikan, dihapus 10 kesalahan dan diangkat darjatnya 10 kali lebih tinggi. Satu hari penuh ia terlindung dari suatu yg tidak disukai, terlindung dari syaitan, tidak ada dosa yang pantas dianggap sebagai dosa, kecuali syirik” (HR.Tirmidzi).Rasulullah SAW pernah menasihati Muslim bin harits :
”Jika kamu solat subuh, maka bacalah sebelum kamu berbicara – Allahumma ajirni minannar (Ya ALLAH lindungilah aku dari api neraka) – sebanyak 7X, maka jika kamu mati hari itu, ALLAH akan menjauhkanmu dari api neraka” (HR. Abu Dawud dan Nasa’i).
4. Rasulullah SAW selalu menyuruh memendekkan bacaan solat, kecuali solat subuh. Abu Barzah Al-Islami meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW pada solat subuh membaca 60 sampai 100 ayat….. sampai sebentar lagi matahari terbit (HR. Muslim).
5. Rasulullah SAW mempunyai bacaan khusus solat subuh di hari jumaat. Abu Huraira meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW membaca pada rakaat pertama SURAH AS-SAJADAH dan rakaat kedua SURAH AL-INSAN. Keistimewaan ini ini tidak terjadi pada solat wajib yang lain.
6. Solat subuh tidak boleh diqasar dan dijamak!
Seperti yang kita fahami dari beberapa hadits, pada saat solat subuh inilah pergantian malam dan siang. Pada saat itu malaikat malam dan siang berkumpul dan berganti tugas.
”Solat berjemaah lebih utama dari solat sendirian sebanyak 25 kali ganda. Malaikat penjaga malam dan siang berkumpul pada solat subuh” (HR. Bukhari).
ALLAH SWT berfirman : ”Dan dirikanlah solat subuh. Sungguh, solat subuh itu disaksikan oleh para malaikat” (QS. Al-Isra : 78).
Rasulullah SAW mengistimewakan solat ini dengan menggambarkan bahawa :
”Seandainya dunia dan seisinya ini adalah sebuah kebaikan, maka jauh lebih baik 2 rakaat solat fajar yang kita kerjakan”
Selain itu, solat subuh berjemaah di masjid boleh menjadi penerang pada hari kiamat kelak, seperti yg disabdakan Rasulullah SAW :
”Berilah khabar gembira bagi orang-orang yang berjalan di kegelapan menuju masjid (untuk mengerjakan solat subuh) dengan cahaya yang terang benderang (pertolongan) pada hari kiamat ! ” (HR. Abu Dawud, Tirmidzi dan Ibn Majah).
No comments:
Post a Comment