Tuesday, May 8, 2012

Download Zikir Pagi Dan Petang

ZIKIR PAGI DAN PETANG

ERTI ZIKR DAN KAITANNYA
Erti zikir dari sudut ilmu, lazimnya dua perkara perlu diketahui iaitu erti atau makna yang diperolehi daripada bahasa dan istilah.

1. Dari segi bahasa : Zikr ialah melepaskan diri daripada lalai dan lupa dengan menghadirkan hati atau sedar secara berterusan. Sifat lupa (Arab : Nisian) merupakan kata dasar bahas insan (manusia). Oleh itu manusia merupakan makhluk yang lupa.

2. Dari segi istilah : Zikr menyebut nama sesuatu dengan hati dan lisan, baik menyebut nama Allah atau sifatNya atau hukumNya atau perbuatanNya atau menyebut nama para rasulNya, para nabiNya
atau berbuat amal kebajikan seperti membaca Al-Quran, bertasbih, memberi nasihat dan sebagainya.

Zikr juga membawa ucapan tasbih, tahmid, tahlil dan menyebut nama-nama Allah yang mulia.

Zikir dapat dilaksanakan dalam banyak keadaan sama ada secara lisan (bersuara), dalam hati, dengan anggota dan juga dengan ucapan yang jelas. Dengan kesemuanya ini, seseorang dapat melaksanakan zikir itu dengan sempurna.


GALAKAN/KEUTAMAAN BEZIKIR PAGI DAN PETANG

1. Maksud Firman Allah SWT : (Surah al-A’raaf, 7 : 205)
“Dan sebutlah (nama) Tuhanmu di dalam hatimu dengan merendahkan diri dan perasaan takut, serta dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagidan petang, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang lalai.”

2. Maksud Firman Allah SWT : (Surah al-Ahzab 33 : 41-42)
“(41). Wahai orang yang beriman, sebutlah nama Allah dengan sebutan (zikir) yang sebaik-baiknya. (42) Dan bertasbihlah (memuji kebesaran Allah) pada waktu pagi dan petang”

3. Maksud Firman Allah SWT : (Surah al-Ahzab 33 : 35)
“(35) …. dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang  perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar”.

4. Abu Darda’ R.A berkata Rasulullah SAW bersabda :
“Mahukah kamu aku tunjukkan amalanmu yang terbaik, paling suci di sisi Rajamu (Allah), dan paling mengangkat darjatmu, lebih baik bagimu daripada menginfakkan emas atau perak, dan lebih baik bagimu daripada kamu bertemu dengan musuhmu, lalu kamu memenggal lehernya ataulehermu dipenggal?” 

Para sahabat yang hadir berkata, “Mahu wahai Rasulullah!” Beliau bersabda lagi, “ Berzikir kepada Allah Yang Maha Tinggi”. (Hadis Riwayat Imam at-Tirmidzi [3377], Imam Ibnu Majah [3790])


 ~~~~~~~~~~
Muat turun (Download) Zikir Pagi Dan Petang Terpilih file PDF
KLIK SINI" ZIKIR PAGI PETANG PDF " DAN  



~~~~~~~~~~
Terapi Mata Anda Dengan Cermin Mata

Terapi D'Mata
 RM35.00  (Temasuk Pos Laju)

Maklumat Lanjut Dan Tempahan
KLIK LOGO Di Bawah

No comments:

Post a Comment