Solat Sunat Rawatib
(Solat sunat yang mengiringi solat-solat fardu)
Solat sunat rawatib dilakukan sama ada sebelum ataupun selepas solat fardu. Tujuan solat sunat rawatib ialah untuk mendekatkan diri dan mencari keredhaan Allah SWT. Di samping itu ianya boleh menampung dan menampal ketidak sempurnaan, kekurangan, kecacatan atau tidak khyusuk semasa solat fardu selagi mana kecacatan itu tidak melibatkan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat fardu.
عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ
حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ
Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zohor, 2 rakaat selepas Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 2 rakaat sebelum Subuh. - Hadis riwayat Ahmad dan Tarmizi (dalam riwayat yang pelbagai).
Kelebihan Solat Sunat Rawatib
Hadis Nabi SAW yang menyebutkan kelebihan solat sunat rawatib;
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ
Dari Aisyah (RA), Rasulullah SAW bersabda :
“Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan solat (sunat) 12 rakaat, Allah akan membina rumah baginya di syurga ; iaitu 4 rakaat sebelum Zohor dan 2 rakaat pula selepas Zohor, serta 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isya dan 2 rakaat sebelum Fajar.” - Hadis riwayat Tarmizi.
NIAT SOLAT RAWATIB
1. Sebelum Solat Fardu (Qabliah)
أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ قَبْلِيَةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak /Maghrib/Subuh) dua rakaat Sebelum nya kerana Allah Taala
2. Selepas Solat Fardu (Ba'diah)
. أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ بَعْدِيَّةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Maghrib / Isyak) dua rakaat Selepasnya kerana Allah Taala
No comments:
Post a Comment