KOMPAUN KESALAHAN TRAFIK
2011 – KINI
Kadar kompaun PDRM, JPJ dan DBKL 2011.
Kuatkuasa : bermula pada 1 MAC .2011.
JADUAL KESALAHAN TRAFIK & KOMPAUN BARU :
KATEGORI PERTAMA :
Kesalahan yang menjadi penyumbang utama kemalangan, keselamatan, pengguna, kesesakan lalu lintas dan perkhidmatan pengangkutan awam .
Kadar kompaun - RM 300 , Bayar cepat atau lambat kadar sama TIADA DISKAUN
Contoh Kesalahan:
1. Memandu laju melebihi 40km/j dari had yang dibenarkan.
2. Melanggar lampu isyarat merah
3. Tidak memakai tali pinggang keledar
4. Memotong Q
5. Menggunakan lorong kecemasan
6. Pemandu teksi tidak menggunakan meter
KATEGORI KEDUA:
Kesalahan berkaitan tingkah laku negatif pemandu dan kesalahan teknikal pada kenderaan yang boleh menyumbang secara aktif kepada kemalangan, kesesakan dan perkhidmatan pengangkutan awam.
Bayar dalam tempoh selepas dapat saman | Kadar Kompaun | Kadar Kompaun (Motosikal < 250cc) |
1-15 hari | RM150 | RM100 |
16-30 hari | RM 200 | RM 150 |
31-60 hari | RM 300 | RM 300 |
Contoh Kesalahan :
1. Memandu laju – lebihan kelajuan kurang dari 40km/j dari had yang ditetapkan
2. Membuat pusingan U di kawasan yang tidak dibenarkan
3. Tiada lesen memandu
4. Berhenti dipetak kuning
5. Tidak mematuhi isyarat “No Entry”
6. Brek tidak efisyen
KATEGORI KETIGA:
Kesalahan teknikal pada kenderaan yang secara pasif boleh meningkatkan risiko kemalangan, kesesakan dan perkhidmatan pengangkutan awam.
Bayar dalam tempoh selepas dapat saman | Kadar Kompaun | Kadar Kompaun (Motosikal < 250cc) |
1-15 hari | RM100 | RM50 |
16-30 hari | RM 150 | RM 100 |
31-60 hari | RM 250 | RM 150 |
Contoh Kesalahan :
1. Lampu tidak menyala
2. Lampu brek tidak berfungsi
3. Tidak memasang lampu
4. Tidak memasang cermin sisi
5. Membawa barang di dalam kenderaan yang tidak bersesuaian
KATEGORI KEEMPAT:
Lain-lain kesalahan selain daripada di atas yang tidak menyumbang kepada kemalangan, kesesakan dan perkhidmatan pengangkutan awam.
Bayar dalam tempoh selepas dapat saman | Kadar Kompaun | Kadar Kompaun (Motosikal < 250cc) |
1-15 hari | RM70 | RM40 |
16-30 hari | RM 120 | RM 70 |
31-60 hari | RM 150 | RM 120 |
Contoh kesalahan :
1. Plat kenderaan tidak mengikut spesifikasi
2. Lesen memandu tamat tempuh
3. Tidak hadir pemeriksaan PUSPAKOM bagi kenderaan barangan
4. Tidak membuat tukar milik
5. Tidak mempamerkan plat ‘P’
RINGKASAN KADAR KOMPAUN
Kadar kompaun baru mulai 1 Mac 2011 | ||||
kategori kesalahan | Jenis kenderaan | Kadar kompaun mengikut tempoh bayaran | ||
| | 1-15 hari | 16-30 hari | 31-60 hari |
Kesalahan menyumbang kepada kadar kemalangan jalan raya, kesesakan lalu lintas dan kesalahan yang berkaitan dengan perkhidmatan teksi | Kesemua jenis kenderaan termasuk motosikal | RM300 | RM300 | RM300 |
Kesalahan aktif dan berkait rapat dengan tingkah laku negatif pemandu dan kesalahan teknikal pada kenderaan yang boleh menyumbangkan kepada kemalangan | Semua jenis kenderaan | RM150 | RM200 | RM300 |
Motosikal di bawah 250cc | RM100 | RM150 | RM250 | |
Kesalahan pasif yang berkaitan dengan kesalahan teknikal pada kenderaan yang meningkatkan risiko kemalangan kepada pihak lain dan kesalahan menyebabkan kenderaan tidak selamat digunakan | Semua jenis kenderaan | RM100 | RM150 | RM250 |
Motosikal di bawah 250cc | RM50 | RM100 | RM150 | |
Lain-lain kesalahan daripada kategori 1, 2 dan 3 (yang menyumbangkan kepada kemalangan jalan raya) | Semua jenis kenderaan | RM70 | RM120 | RM150 |
Motosikal di bawah 250cc | RM40 | RM70 | RM120 |
Inilah apa yang dinamakan
Rakyat Didahulukan
`PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’
No comments:
Post a Comment