KENALI ANROID?
Apa itu OS (Operation System)? Jikalau pada komputer peribadi (Personal Computer) kita biasa jumpa dengan Windows XP/Windows/ Vista/Windows/Windows 7 atau pun Linux. Sementara itu pada handphone kita biasa jumpa Windows OS, iphone OS dan blackberry OS. Semua ini adalah OS iaitu Sistem Pengoperasian yang akan menjalankan sesebuah alat (device) seperti komputer atau handphone. Maka itu ANDROID juga adalah serupa ianya juga OS.
Tugas utama OS adalah sebagai perantara di antara perisian lembut/ program (software) dan perisian keras (hardware). OS juga berperanan mengagihkan sumber alat (komputer/tablet/ipad/telefon pintar) – seperti memori dengan CPU – kepada setiap aplikasi/program yang dijalankan.
ANDROID OS telah dibangunkan oleh ANDROID Inc menggunakan Linux Kernel untuk sistem operasi (OS) telefon pintar (smartphone) dan tablet (seperti ipad). ANDROID telah dibeli oleh Google Inc pada tahun 2005 dan berada di pasaran di penghujung 2009. ANDROID menguasai pasaran telefon pintar (smartphone) 20% di Amerika pada bulan Mei 2010. Google Inc membekalkan ANDROID OS secara percuma dan dijangka terus kekal percuma kerana ianya dibangunkan dari sistem Linux.
PERKEMBANGAN ANDROID
ANDROID sentiasa melalui proses penambahbaikan bermula daripada ANDROID yang pertama. Penambahbaikan biasanya berlaku pada `bug’ dan `features’ sistem ANDROID. Nama makanan petang biasanya digunakan pada setiap versi yang baru mengikut abjad A-ANDROID kemudian B-C dan seterusnya. Perkembangan ANDROID boleh dilihat seperti jadual dibawah ;
PELBAGAI JENAMA
Google memperkenal sistem partnership dalam membangunkan operasi ANDROID. Oleh itu sesiapa yang terlibat membangunkan sistem ANDROID boleh mengeluarkan semikondutor, komponen, pemprosesan, perisian dan alat (device) seperti telefon, tablet mereka sendiri dengan menggunakan sistem operasi ANDROID.
KELEBIHAN MENGUBAH PAPARAN SKRIN
Jika dua telefon dari dua pengeluar dibandingkan, perbezaannya mungkin sukar dicari. Setiap syarikat telefon bebas untuk mengubah sistem paparan ANDROID untuk memudahkan pengguna mengakses data dan maklumat.
Dengan konsep asas teknologi sentuhan jari tetapi `flow’ tetap sama iaitu ANDROID. Contohnya ;
1. SAMSUNG menggunakan teknologi TouchWiz
2. HTC menggunakan Sense Ui
3. Sony Ericsson pula menggunakan UXP Platform , dan
4. LG menggunakan S-Class Ul.
Skrin paparan telefon atau tablet ANDROID boleh diubah suai mengikut apa yang dikehendaki berdasarkan keutamaan bagi pengguna di skrin hadapan. ANDROID biasanya mempunyai 5 skrin paparan utama. Ikon-ikon `widget’ dan `shortcut’ boleh diletakkan sepertimana pada skrin komputer.
PASARAN ANDROID
Telefon dan tablet yang menggunakan sistem operasi ANDROID semakin popular. Pada pertama kali ANDROID diperkenalkan akhir 2009, ANDROID merniliki sekitar 4% dari pengguna smartphone terus bertambah 9% pada Februari 2010 dan 13% pada Julai 2010. Ini menunjukkan ANDROID OS yang diperkenalkan kurang dari setahun, penggunnannya bertambah dengan pantas.
Gartner Inc meramalkan pada 2012, ANDROID akan menjadi sistem operasi kedua paling popular selepas Nokia Symbian OS.
Pada May 2010, jualan telefon ANDROID mengatasi Iphone platform di Amerika. ANDROID mula mendapat tempat mengikut jejak Sistem operasi Windows Mobile sebelum ini kerana ANDROID mempunyai kepelbagaian pengeiuar dan kepeibagaian saluran.
Dikatakan pengguna ANDROID terus bertambah setiap hari ;- 10,000/hari Mei 2010, lebih 160,000/hari akhirJun 2010 dan pada Ogos 2010 bertamabah kepada 200,000 setiap hari.
PERTUSASAN PENGGUNA MENGIKUT VERSI ANDROID
· ANDROID 1.5 (Cupcake) 12%
· ANDROID 1.6 (Donut) 17.5%
· ANDROID 2.1 (Eclair) 41.7%
· ANDROID 2.2 (Froyo) 28.7%
No comments:
Post a Comment