Thursday, June 16, 2011

Syaitan Dalam Al-Fatihah?

Syaitan Dalam Al-Fatihah ?

Sekadar renungan & ingatan bersama... semoga boleh dimanfaatkan...

Al-Fatihah adalah salah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu, perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Jika tidak... bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita secara tak langsung menyebut nama syaitan di dalam solat kita.

Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud di dalam surah Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNA (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

6. IYA (disebut tanpa sabdu) sepatutnya IYYA

Iya bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"

SHIROTHOLLAZI... ... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

AMIN ... ... ... ... ... hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu, AA ... ... dua harakat, MIN ...2/4/6... harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat ... .. Insya-Allah.

Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.



PETIKAN DARIPADA ;

DISEDIAKAN OLEH
AJK PENDIDIKAN DAN DAKWAH

SURAU AS-SYAKIRIN SERI BENGKAL TENGAH.

No comments:

Post a Comment