15 Soalan Dan Jawapan Non-Muslim VS Muslim
Soalan (1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam
Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
Jawapan
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di
dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana
Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw
jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah
Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.
Soalan (2) Nama Nabi Isa lebih banya disebut daripada
nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Jawapan
Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama
Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Sebenarnya Allah
tidak bezakan tentang kehebatan Nabi dan RasulNya. Walaubagaimanapun, Allah
lebih Maha Mengetahui.
Soalan (3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat
ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi,
bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?
Jawapan
Dalam banyak-banyak kaum, hanya
kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan
kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan
bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "Siapa yang taat pada Allah akan masuk
Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”. (Kitab
Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah
dimanipulasi isi kandungannya)
Soalan (4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir.
Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi
Isa as yang terakhir?
Jawapan
Nabi Muhammad saw adalah
nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak bongsu
meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak sulung tetap kekal
pangkatnya sebagai yang sulung.
Soalan (5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan
kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Jawapan
Antara
ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian
tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi
Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga.
Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?
Firman
Allah swt : "Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah
adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari
tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia.
-Surah Al-Imran, ayat-59.
Soalan (6) Jika membaca tafsir, Allah
berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami'. Kenapa? Bukankah maksud
'Kami' itu mewakili 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)'?
Jawapan
Al-Quran
diturunkan dalam bahasa Arab. 'Aku' kata jamaknya 'Kami' yang menggambarkan
tentang 'Allah dan keagunganNya' . Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah,
beliau guna 'We' bukan 'I'?
Soalan (7) Orang Sikh Punjabi bertanya,
kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu
disimpan?
Jawapan
Kita
jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi
potong kuku?
Soalan (8) Sami Buddha vegetarian
bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh binatang untuk dimakan? Bukankah itu
zalim kerana membunuh hidupan bernyawa?
Jawapan
Sains
telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa. Malah, apabila
kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam?
Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah
menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.
Soalan (9) Sami Buddha menjawab
"Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa
besar"
Jawapan
Habis
tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta, dan
bisu hanya kerana dia tidak ada deria?
Soalan (10) Sami Buddha menjawab lagi
"Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"
Jawapan
Jadi,
makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.
Soalan (11) Sami Buddha berkata lagi,
"Makan binatang akan dapat banyak penyakit"
Jawapan
Sebenarnya,
penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan binatang. Allah
suruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti makan sebelum kenyang.
Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang
dan sayuran. Bukankah tembakau dan ganja itu juga berasal dari tumbuhan? Lagi besar
penyakitnya. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila.
Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah
cakap haram apa yang telah Allah halalkan.
Soalan (12) Kan babi itu ciptaan Allah,
kenapa Islam tak makan babi?
Jawapan
Sebab
bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kayu juga
ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah. Nak jadi kanibal?
Soalan (13) Islam cakap Hindu sembah
berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.
Jawapan
Islam
bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam
Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah
Allah, kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang yg sembah berhala tidak
akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang
Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar
Kaabah di sejadah. Jika ada sepanduk gambar Kaabah direntangkan di KLCC
sekalipun, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat
kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!
Soalan (14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad saw?
Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?
Jawapan
Nabi
sebelum Nabi Muhammad saw diutus adalah untuk kaum dan zaman tertentu sahaja.
Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.
Soalan (15) Apa bukti Allah wujud? Mana
Allah? Tak nampak pun.
Jawapan
Tampar saja muka orang tu, Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh
dirasa, tapi adakah kita nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah.
Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh
nampak Allah.
Nota : Info Artikel
ini dipetik, diolah dan disunting semula daripada facebook.
Kredit kpd : http://surauassyakirinsb.blogspot.com/2012/12/soal-dan-jawab-orang-bukan.html
No comments:
Post a Comment