Pages

Tuesday, November 20, 2012

Khusyuk dalam Solat Kenapa Lalai?


MAKNA BACAAN SOLAT -
E-BOOK  "BACAAN SOLAT PERKATA"  PERCUMA
Ke arah usaha untuk khusyuk solat
fahami apa yang anda baca semasa solat.


E-Book Bacaan Solat Perkata PDF file
Muat turun PERCUMA  E-Book Naskah Ringkas
 Sila KLIK DI SINI

BOLEH DIEDARKAN PERCUMA KEPADA RAKAN-RAKAN
DILARANG UNTUK JUAL BELI

 Khusyuk dalam Solat Kenapa Lalai? 

KHUSYUK sebagai satu kewajipan orang mukmin dalam urusan ubudiyah terhadap Allah SWT. Tiada bahasa selain bahasa Arab yang berupaya memberi makna `khusyuk' dengan tepat, justeru terpaksa akur dengan sebutan khusyuk dalam bahasa asalnya juga.

Dalam bahasa apa pun khusyuk mesti disebut khusyuk, kerana khusyuk dalam bahasa syar'ei adalah khusyuk dalam semua bahasa di dunia ini.
Khusyuk keperluan bagi setiap hamba mengabdikan diri kepada Allah SWT, khususnya ketika melakukan ibadat solat.

Khusyuk boleh diertikan sebagai beribadat dengan tenang dan merendah diri, merasa hina dina di hadapan Allah SWT. Penuh tumpuan hati serta ingatan terhadapNya. Orang yang khusyuk dalam solat, anggota tubuh tidak akan bergoyang di luar tuntutan kaifiyat, tangan tidak bergerak menggaru-garu atau membetulkan pakaian. Jika seperti itu menandakan hatinya tidak khusyuk, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Jika seseorang itu khusyuk, maka anggota tubuhnya turut khusyuk sama."

Menghadirkan khusyuk dalam solat itu satu kewajipan bagi orang-orang yang beriman, kerana ketika solat ingatan mesti tertumpu kepada Allah SWT semata, sebagaimana ditegaskan oleh firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tiada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikan solat untuk mengingati Aku." (Surah Toha ayat 14)

Manusia diperintah supaya mendirikan solat dengan tujuan untuk mengingati Allah SWT. Apabila tidak menumpukan ingatan kepada Allah SWT, bererti solatnya tanpa tujuan. Solat bukan sekadar dilakukan secara zahir yang dimulai dengan Takbiratul Ihram diakhiri dengan salam serta melakukan beberapa rukun qalbi, qauli dan fi'li di dalamnya. Tetapi mesti khusyuk iaitu dipenuhi dengan zikrullah (ingat Allah SWT), kerana ia wajib berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Toha ayat 14 itu.

Khusyuk mampu dilakukan oleh manusia dengan mengikuti beberapa syarat, kerana Allah SWT tidak akan mewajibkan sesuatu syariat di luar kemampuan manusia, sebagaimana janji Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya." (Surah al-Baqarah ayat 286)

Langkah pertama untuk mencapai khusyuk, mesti mengetahui makna setiap ucapan atau bacaan dalam solat.  Khusyuk tidak mungkin tercapai jika tidak mengetahui makna dan maksud ucapan dalam solat, sebaliknya akan terjerumus ke lembah lalai.  Padahal lalai dalam solat akan membawa padah yang buruk di akhirat kelak, sebagaimana yang ditegaskan oleh firman Allah SWT yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah (azab neraka) bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang yang lalai daripada solatnya." (Surah al-Maa'un ayat 4 dan 5)

Langkah kedua untuk khusyuk dalam solat ialah; menjaga segala makan minum yang halal, serta pakaian dan tempat tinggal hanya daripada sumber yang halal. Allah SWT hanya reda jika hamba-Nya membataskan diri dengan makan minum yang halal dan pakaian serta tempat tinggal dari sumber yang halal. Makan minum yang tidak halal adalah barang busuk yang dibenci oleh Allah SWT dan malaikat-Nya.

Tuhan akan menjauhi jika manusia diselubungi perkara yang haram, apabila Tuhan menjauh daripada manusia sebegitu maka syaitanlah yang akan mendekatinya. Tidak mungkin khusyuk dapat dicapai dalam situasi syaitan sebagai pendamping manusia itu, jika mereka solat pun mesti tiada zikirullah.

Tn. Guru Nik Abdul Aziz  - 18-21 Zulhijjah 1432(4-17 November 2011)


~~~~~~~~~
E-Book  Edisi Lengkap
"Bacaan Solat Perkata"

        BELI  E-BOOK  "Bacaan Solat Perkata"  EDISI LENGKAP         

E-BOOK 'Bacaan Solat Perkata'  
EDISI LENGKAP RM10.00 SAHAJA

  free glitter makerpicasion.com


glitter text gif maker

free glitter maker

KLIK SINI UNTUK TEMPAHAN

No comments:

Post a Comment