Pages

Friday, August 10, 2012

Sifir Lailatul Qadar

SIFIR  MENCARI  LAILATUL QADAR


Beberapa panduan telah diusahakan oleh ulama-ulama silam bagi memudahkan umat Islam mencari lailatul Qadar boleh dibahagikan kepada 3 kaedah seperti di bawah ;

1. KAEDAH UMUM

A). Pada 10 malam  terakhir ramadhan
Melalui hadis Nabi  SAW yang paling jelas menyebutkan secara umum berkenaan malam Al-Qadar iaitu  pada 10 malam  terakhir daripada bulan ramadhan.  Hadis-hadis  Nabi SAW melalui riwayat Saidatina A’isyah r.a. berkenaan perkara ini :

“Carilah lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

“Rasulullah s.a.w. beriktikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadhan hingga ia meninggal dunia. Kemudian isteri-isteri baginda meneruskan iktikaf selepas kewafatan baginda”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)


B). Pada malam ganjil di 10 malam  terakhir ramadhan
Daripada Saidatina A’isyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:

“ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”   (Riwayat Imam Bukhari)


2. KAEDAH KHUSUS
                   
          A). Pada malam 27 Ramadhan

Sahabat nabi Ibnu Abbas r.a. yang pernah didoakan Nabi SAW supaya menjadi orang yang pakar dalam ilmu agama dan ta’wil,  beliau menta’wil  daripada surah Al-Qadar , lailatul  qadar adalah pada malam 27 ramadhan.

Surah Al-Qadar mengandungi 30 kalimah dan kalimah  `Hiya’ merujuk kepada Lailatul Qadar merupakan kalimah ke 27. 


Demikian juga kalimah `Lailatul Qadar’ mengandungi 9 huruf hijaiah dan di dalam surah ini ianya berulang sebanyak 3 kali.  Hasil darab 9 huruf ini dengan 3 kali kalimah yang berulang akan berjumlah 27.

Rajah di bawah menerangkan pandangan beliau.



Pendapat lain yang mengaitkan Lailatul Qadar pada 27 ramadhan adalah Saidina Umar, Ibnu Umar, Ubai bin Kaab, Ahmad bin Hanbal, Adb Qadir Jilani dan kebanyakan ulama’.


B). Awal ramadhan menentukan Lailatul Qadar

Jadual di bawah adalah `sifir’ yang ringkaskan dan di formulakan daripada pendapat ahli sufi seperti imam Al-Ghazali di dalam Jawahirul Mauhub dan kitab Sirus Salikin yang memetik berdasarkan pendapat sahabat dan ulama’ silam.


         CERMIN MATA TERAPI D'Mata
Peluang & Harapan Untuk Mereka Yang Rabun, Insya Allah.
RM35.00 SAHAJA  (Termasuk Pos Laju)
Untuk Maklumat Lanjut / Tempahan / Pembelian
SILA KLIK IKLAN DI BAWAH

No comments:

Post a Comment