Pages

Friday, September 9, 2011

Hukum Mengugurkan Kandungan Berusia 10 Hari.

Hukum Mengugurkan Kandungan

Jumhur Ulama berpendapat jika kandungan belum mencapai umur 4 bulan hukumnya makruh, jika telah sampai 4 bulan hukumnya HARAM.  Ini adalah hukum asal.

Wajib
Bagaimanapun  menggugurkan kandungan yang telah mencapai  4 bulan kadang-kadang boleh jadi wajib seperti atas nasihat doktor (muslim), jika dengan sebab mengandung itu  ianya boleh memudaratkan nyawa si ibu.  Maka ketika itu menjadi wajib digugurkan.

Haram
Begitu juga mengugurkan kandungan yang belum mencapai 4  bulan boleh menjadi Haram dengan sebab seperti dia takut kesempitan rezeki atau tidak cukup duit untuk menyara anak.

Menggugurkan kandungan selepas daripada 4 bulan hukumnya Haram kerana janin telah ditiup roh.


Makruh
Tetapi kalau digugur dengan sebab untuk menjarakan anak kerana  dah ramai anak maka hukumnya makruh.


Sumber : Petikan daripada cermah Ustaz Azhar Idrus

No comments:

Post a Comment