Wednesday, August 27, 2014

Syarat Nikahku Suami Yang Warak

Syarat Nikahku Suami Yang Warak

Seorang gadis yang sangat cantik ingin bernikah tetapi dia tak nak 'couple-couple'. Lagipun dia mahukan seorang suami yang warak.   Maka dia pun membuat hebahan yang dia sudi menerima sesiapa saja untuk menikahinya asalkan lelaki yang bakal menjadi suaminya itu memenuhi syarat dan kriteria-kriteria berikut:

1). berpuasa sepanjang tahun
2). khatam Al-Quran setiap hari
3). beribadah sepanjang malam setiap hari

Tak ada seorang pun lelaki yang sanggup mematuhi ketiga-tiga syarat itu kecuali ada seseorang jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya. Akhirnya dia bernikahlah gadis jelita itu dengan lelaki tersebut.

Saat bermula dari perkahwinan mereka, sang isteri (gadis jelita) itu selalu memperhatikan amal ibadah suaminya. "Eh...tak puasa pulak suami aku hari ni. Macamana nak puasa setahun?"  "Hmm..aku pun tak nampak dia baca Quran hari ni..."  "Tak nampak pun suami aku bangun malam tadi. Dia tak solat malam ke?" sang isteri mengomel sendirian.

Selepas hampir sebulan akhirnya sang isteri tidak tahan dengan amal ibadah suaminya yang dikatakan warak itu. Dia menganggap suaminya telah menipunya kerana telah gagal mematuhi syarat yang tetapakan sebelum bernikah dahulu. Sang isteri pun pun mengadu dan memohon cerai di mahkamah syariah atas alasan telah ‘ditipu oleh suaminya’.

Sang isteri mengadu kepada hakim, "Semasa hendak nikah dulu suami saya bersetuju dengan syarat-syarat yang saya tetapkan. Setelah kawin langsung suami saya tidak tunaikan. Penipu!" Rungut sang  isteri kepada hakim.

Hakim pun bertanya kepada sang suami itu, "ingat lagikah awak akan syarat-syarat sebelum nikah yang isteri kamu tetapkan dahulu?"

Sang suami pantas menjawab dengan nada lembut. "Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam dan khatam Quran setiap hari."

"Habis tu kamu tak buat pun?" Hakim bertanya lagi.

Sang suami  selamba menjawab, "saya buat yang arif tuan hakim."

Hakim menjerkah, "Isteri awak kata awak tak buat. Macam mana ni?"

Sang suami tidak mahu mengalah. "Sungguh saya buat yang arif. Takkan saya nak tulis ‘report card’  nak bagi tahu saya buat apa hari ni? Nanti riak pulak !!!"

Hakim tidak puas hati, lantas mengajukan soalan, "baik. Hari ni kamu puasa tak?"

"Tak." Jawab sang suami.

Hakim terus potong ayat, "hah! Kamu tidak puasa hari ni, habis macam mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?"

Derngan tenang sang suami menjawab, tidakah rasulullah telah bersabda ; "Sekiranya seseorang itu menunaikan puasa Ramadhan sebulan dan diikuti dengan puasa sunat syawal 6 hari, maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang tahun”, Saya amalkan puasa Ramadhan sebulan dan puasa 6  syawal setiap tahun, jadi saya seolah-olah telah berpuasa sepanjang tahun."

Hakim itu tersentak. "Habis tu macam mana pula kamu khatam Al-Quran setiap hari?  Saya hendak baca 3 muka surat sehari pun susah nak cari masa.”

Sang suami itu terus menjawab, "saya baca Surah Al-Ikhlas 3 kali setiap kali sebelum saya tidur. Rasulullah bersabda; “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas 3 kali maka seolah-olahnya dia telah membaca keseluruhan Al Quran." sambil tersenyum lebar kepada hakim.

Hakim itu makin tergamam. "Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"

Sang suami itu sekali lagi senyum. "Saya solat Isyak dan solat Subuh berjemaah. Rasulullah bersabda ; “Barangsiapa yang berjemaah pada waktu Isyak dan Subuh maka seolah-olah dia telah beribadah sepanjang malam."

Sang suami terus menyambung, "Islam itu indah, yang arif. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorang itu berdasarkan banyaknya amalan yang dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai-pandailah kita bahagikan masa selaku manusia yang menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia-sia.”

Hakim mengangguk seakan mengiyakan sang suami lalu memerintahkan sang isteri bangun. "Awak sepatutnya merasa beruntung. Awak telah dinikahi oleh seorang lelaki yang bukan sahaja warak tetapi juga berilmu. Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan."

Sang suami tersenyum puas.

* Nota :  Tiga (3) amalan ini bukan hanya khusus kepada lelaki sahaja, perempuan juga boleh mendapatkan fadhilatnya. Marilah kita lakukan amal yang sedikit ini tetapi besar ganjaran dan fadhilat yang Allah anugerahkan kepada umat Muhammad SAW.

Sunday, August 3, 2014

7 Kelebihan Masjid

7 Kelebihan Masjid
Untuk Baca/Lihat
Sila KLIK IMEJ Di Bawah Untuk Besarkan

Saturday, August 2, 2014

Selawat, Doa Dan Ucapan Sempena Ziarah Hari Raya I'dilfitri

Selawat, Doa Dan Ucapan Hari Raya
(Sempena  Ziarah Hari Raya I'dilfitri)

Teks Selawat Ziarah Hari Raya


Teks Doa Ziarah Hari Raya

Maksudnya :
“Segala pujian bagi Allah s.w.t Tuhan pentadbir seluruh alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w yang semulia-mulia utusan dan juga ke atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.

Ya Allah wahai Tuhan pentadbir seluruh keadaan Tuhan yang maha pemurah dan maha tinggi kedudukannya, dengan limpah dan kemurahanMu tukarkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dan berkatilah kami dan seluruh umat Islam dengan keberkatan bulan Syawal.

Ya Allah wahai Tuhan sebaik-baik tempat permohonan, perkenanlah permintaan kami dan kembalikan lagi peluang kepada kami bulan ini tahun demi tahun dan tahun-tahun seterusnya dan berkatilah Tuan rumah ini ………… dan seluruh ahli keluarganya dan panjangkanlah umur mereka dengan iman dan kurniakanlah kepada mereka rezeki yang halal dan jauhkanlah mereka daripada rezeki yang haram dengan rahmatMu wahai Tuhan yang sebaik-baik mengurniakan rahmat.

Selawat dan salam daripada Allah ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w dan juga ke atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat Baginda. Segala pujian bagi Allah s.w.t Tuhan pentadbir seluruh alam”.

Teks Ucapan Bermaafan Ziarah Hari Raya
Alhamdulillah segala pujian khusus bagi Allah serta Selawat
dan Salam untuk baginda Nabi Muhammad SAW Utusan
Allah yang mulia. 
Syukur kehadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan berkah serta mempertemukan kita dengan Aidilfitri 
di bulan Syawal yang mulia ini.
Di kesempatan ini kami rombongan marhaban dan keluarga ingin memanjangkan ucapkan ;
Selamat Hari Raya Aidilfitri
 Disamping itu sekiranya di pihak kami mempunyai sebarang
dosa kesalahan dan kesilapan dari segi niat, tutur kata, tingkahlaku, dsb. yang menyinggung perasaan dan hati tuan/puan dan keluarga kami mohon ampun dan maaf
zahir batin awal dan akhir.
Begitu juga apa-apa yang termakan, terminum dan terpakai, dsb. oleh kami secara sengaja dan tidak, kami mohon dihalalkan.

Manakala dari pihak kami pula dengan rela hatinya  kami sedia memaafkan sebarang dosa kesalahan dan kesilapan tuan/puan terhadap kami sekeluarga.
Semoga dengan berkah Ramadhan & Syawal ini kita semua mendapat keampunan  dan balasan yang baik daripada Allah SWT, mendapat perlindunganNya, keselamatanNyaditetapkan iman dan Islam, dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, murah rezeki serta diberi kebaikan hidup di dunia dan akhirat, Insyallah.  AMIN


Kredit kpd  : http://surauassyakirinsb.blogspot.com/2014/08/marhaban-berselawat-doa-dan-ucapan-hari.html 

Di Kesempatan Ini Blogger Juga Ingin Mengucapkan
Salam Aid Mubarak