Wednesday, October 24, 2012

Takbir Hari Raya Idul Adha - Teks & Video

  free glitter makerpicasion.com

glitter text gif maker

free glitter maker

KLIK SINI UNTUK TEMPAHAN

Takbir Hari Raya Idul Adha

Takbir Idul Adha terbahagi kepada dua, iaitu :

1). Takbir mursal - Takbir yang tidak mengiringi sembahyang fardu

Waktu takbir mursal dari terbenam matahari malam dua hari raya (hari raya adha dan hari raya fitri) sehinga takbir imam sambahyang hari raya sekiranya seorang itu sembahyang hari raya berjemaah, sekiranya seorang itu sembahyang seorang diri maka habis waktu takbir mursal baginya ialah dengan dia takbir sembahyang hari raya dirinya, adapun orang yang tidak sembahyang hari raya, habis watu takbir mursal dirinya apabila gelincir matahari hari raya.

Sunat setiap orang bertakbir mursal melainkan selain orang haji kerana mereka disunatkan talbiah selama mereka itu dalam ihram, setelah mereka tahlul maka sunat mereka itu takbir.

2). Takbir muqayad - Takbir yang mengiringi (selepas) sembahyang

Waktu Takbir muqayad bermula dari terbit fajar (subuh) 9 zulhijjah sehinga terbenam matahari pada hari yang ke 13 zulhijjah.

Ramai dikalangan masyarakat yang tidak tahu permulan takbir muqayad yang kita pangil takbir hari raya adha, mereka menyangka takbir ini bermula pada malam hari raya iaitu pada malam sepuluh zulhijah pada hal ia bermula subuh hari arafah iaitu sembilan zulhijah.

Takbir muqayad sunat dibaca selepas tiap tiap sembahyang sama ada sembahyang fardu atau sembahyang sunat begitu juga kemudian daripada sembahyang jenazah, dan sembahyang sunat hari raya sebelum khatib membaca khutbah.

Takbir pada malam hari raya adha, terkadang takbir muqayad dan terkadang takbir mursal sekiranya dilihat bahawa takbir itu diucapkan pada malam hari raya maka dinamakan takbir mursal dan sekiranya takbir itu di ucapkan selepas sembahyang maka dinamakan takbir muqayad.

Takbir muqayad terlebih afdal dari takbir mursal.

Di bawah ini adalah lafaz takbir hari raya (Idul Adha/Fitri) yang lazim dibaca di Malaysia.

Terjemahan :
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah, Allah Maha Besar
Allah Maha Besar, dan milikNya segala pujian

Allah Maha Besar kebesaranNya.
Segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya.
Dan Maha Suci Allah sepanjang pagi dan petang.

Tiada Tuhan selain Allah
dan tiada yang kami sembah selain Allah,
dengan ikhlas kami beragama kepadanya,
walaupun dibenci orang-orang kafir.

Tiada Tuhan selain Allah, satu-satunya (Tuhan),
Dia memenuhi janjiNya, Dia menolong hambaNya,
Dia mengukuhkan tentaraNya dan
menghancurkan pasukan sekutu sendirian.

Tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar
Allah Maha Besar dan milikNyalah segala pujiian

Video Takbir Hari Raya

~~~~~~~~~~

 KAD ION AIRBOOM 
UNTUK KESIHATAN, TERAPI
DAN
MERAWAT MASALAH KESIHATAN ANDA

KAD ION AIRBOOM
No. kod Barang : AB
HARGA : RM180.00 (Termasuk Pos)

Maklumat Lanjut Berkaitan Produk Sila Klik  MAKLUMAT LANJUT 
Untuk Testimoni Produk Sila Klik  TESTIMONI 
UNTUK TEMPAHAN DAN PEMBELIAN  KLIK SINI 

Tuesday, October 23, 2012

PUASA ARAFAH DAN TAKBIR HARI RAYA IDUL ADHA

  free glitter makerpicasion.com

glitter text gif maker

free glitter maker

KLIK SINI UNTUK TEMPAHAN

PUASA ARAFAH  DAN TAKBIR HARI RAYA IDUL ADHA

Wukuf Di Arafah
Setiap kali tiba hari 9 Zulhijjah para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf iaitu berada/berhimpun di sana walaupun sebentar dalam masa waktu wukuf  yang bermula di antara awal waktu Zuhur 9 Zulhijjah sehingga sebelum fajar 10 Zulhijjah.  Masa yang afdhal (terbaik)  ialah pada sebahagian dari hari ke-9 zulhijjah dan sebahagian malam ke-10 Zulhijjah. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Barangsiapa dapat berada di Arafah sebelum terbit fajar (subuh) pada hari yang kesepuluh Zulhijjah maka dapatlah haji itu"

Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang kedua Bahkan yang paling utama di dalam rukun-rukun haji. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya : Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan : "Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tarikh sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan)

Puasa Arafah (9 Zulhijjah)
Sementara kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan pula untuk berpuasa pada hari 9 Zulhijjah ini. Kedatangannya setahun sekali dan kelebihanya yang besar maka janganlah disia-siakan begitu sahaja. Di samping itu kita dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini.

Keutamaan puasa arafah ini menurut Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? Maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya: Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)

Sementara Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)

Manakala Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari (menyamai) seribu hari, hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu. ….Telah berkata imam Baihaqi iaitu pada kelebihan. (Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti)

Semoga dengan puasa arafah dan amalan kebajikan yang kita lakukan sentiasa bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah.

Takbir Hari Raya Idul Adha

Takbir Idul Adha terbahagi kepada dua, iaitu :

1). Takbir mursal - Takbir yang tidak mengiringi sembahyang fardu

Waktu takbir mursal dari terbenam matahari malam dua hari raya (hari raya adha dan hari raya fitri) sehinga takbir imam sambahyang hari raya sekiranya seorang itu sembahyang hari raya berjemaah, sekiranya seorang itu sembahyang seorang diri maka habis waktu takbir mursal baginya ialah dengan dia takbir sembahyang hari raya dirinya, adapun orang yang tidak sembahyang hari raya, habis watu takbir mursal dirinya apabila gelincir matahari hari raya.

Sunat setiap orang bertakbir mursal melainkan selain orang haji kerana mereka disunatkan talbiah selama mereka itu dalam ihram, setelah mereka tahlul maka sunat mereka itu takbir.

2). Takbir muqayad - Takbir yang mengiringi (selepas) sembahyang

Waktu Takbir muqayad bermula dari terbit fajar (subuh) 9 zulhijjah sehinga terbenam matahari pada hari yang ke 13 zulhijjah.

Ramai dikalangan masyarakat yang tidak tahu permulan takbir muqayad yang kita pangil takbir hari raya adha, mereka menyangka takbir ini bermula pada malam hari raya iaitu pada malam sepuluh zulhijah pada hal ia bermula subuh hari arafah iaitu sembilan zulhijah.

Takbir muqayad sunat dibaca selepas tiap tiap sembahyang sama ada sembahyang fardu atau sembahyang sunat begitu juga kemudian daripada sembahyang jenazah, dan sembahyang sunat hari raya sebelum khatib membaca khutbah.

Takbir pada malam hari raya adha, terkadang takbir muqayad dan terkadang takbir mursal sekiranya dilihat bahawa takbir itu diucapkan pada malam hari raya maka dinamakan takbir mursal dan sekiranya takbir itu di ucapkan selepas sembahyang maka dinamakan takbir muqayad.

Takbir muqayad terlebih afdal dari takbir mursal.

Di bawah ini adalah lafaz takbir hari raya (Idul Adha/Fitri) yang lazim dibaca di Malaysia.

Terjemahan :
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah, Allah Maha Besar
Allah Maha Besar, dan milikNya segala pujian

Allah Maha Besar kebesaranNya.
Segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya.
Dan Maha Suci Allah sepanjang pagi dan petang.

Tiada Tuhan selain Allah
dan tiada yang kami sembah selain Allah,
dengan ikhlas kami beragama kepadanya,
walaupun dibenci orang-orang kafir.

Tiada Tuhan selain Allah, satu-satunya (Tuhan),
Dia memenuhi janjiNya, Dia menolong hambaNya,
Dia mengukuhkan tentaraNya dan
menghancurkan pasukan sekutu sendirian.

Tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar
Allah Maha Besar dan milikNyalah segala pujiian

Video Takbir Hari Raya

~~~~~~~~~~

 KAD ION AIRBOOM 
UNTUK KESIHATAN, TERAPI
DAN
MERAWAT MASALAH KESIHATAN ANDA

KAD ION AIRBOOM
No. kod Barang : AB
HARGA : RM180.00 (Termasuk Pos)

Maklumat Lanjut Berkaitan Produk Sila Klik  MAKLUMAT LANJUT 
Untuk Testimoni Produk Sila Klik  TESTIMONI 
UNTUK TEMPAHAN DAN PEMBELIAN  KLIK SINI 

Friday, October 19, 2012

MENU ISTIMEWA MUSLIM & MUSLIMAH

Cermin Mata Ajaib

  free glitter makerpicasion.com

glitter text gif maker

free glitter maker

KLIK SINI UNTUK TEMPAHAN

MENU UNTUK MUKMIN
Apa Yang Penting !!!
IKHLAS & ISTIQAMAH Dalam Beramal
Sila Klik Poster Di Bawah Untuk Paparan Lebih Jelas

 KAD ION AIRBOOM 
UNTUK KESIHATAN, TERAPI
DAN
MERAWAT MASALAH KESIHATAN ANDA

KAD ION AIRBOOM
No. kod Barang : AB
HARGA : RM180.00 (Termasuk Pos)

Maklumat Lanjut Berkaitan Produk Sila Klik  MAKLUMAT LANJUT 
Untuk Testimoni Produk Sila Klik  TESTIMONI 
UNTUK TEMPAHAN DAN PEMBELIAN  KLIK SINI 

Wednesday, October 10, 2012

Iman Yang Mengagumkan Nabi SAW

  free glitter makerpicasion.com

glitter text gif maker

free glitter maker

KLIK SINI UNTUK TEMPAHAN

Iman Yang Mekagumkan

Nabi Muhammad pernah menyoal kepada para sahabat di suatu pagi, "Wahai manusia, siapakah makhluk Allah yang imannya paling mengkagumkankan?"

Para sahabat langsung menjawab, "Malaikat!".

Nabi menjawab balik, "Bagaimana para malaikat tidak beriman sedangkan mereka sentiasa melaksanakan perintah Allah?" 

Sahabat menjawab lagi, "kalau begitu, para Nabilah yang imannya paling mengagumkan!"

Lantas Nabi SAW berkata "Bagaimana para Nabi tidak beriman, padahal wahyu turun kepada mereka." 

Jawapan kali ketiganya, sahabat cuba menjawab, "kalau begitu, sahabatmu ya Rasulullah."

Nabi pun menolak jawapan itu sambil berkata, "Bagaimana sahabat-sahabatku tidak beriman, sedangkan mereka menyaksikan apa yang mereka saksikan."

Rasulullah SAW yang mulia lantas bersabda, "Orang yang imannya paling menakjubkan adalah kaum yang datangnya sesudah kamu.  Mereka beriman kepadaku, walaupun mereka tidak melihatku.  Mereka benarkan aku tanpa pernah melihatku.  Mereka dapati tulisan dan beriman kepadaku.  Mereka amalkan apa yang ada dalam tulisan itu .  Mereka membela aku seperti kamu membela aku. Alangkah inginnya aku berjumpa dengan mereka itu! "

Berdasarkan riwayat di atas, mungkin boleh didefinasikan iman itu sebagai sebuah cubaan atau ujian. Semakin tinggi tahap ujian, semakin tinggi pula tingkatan iman kita. Semakin sukar kita menjalankan sebuah keyakinan (iman), semakin tinggi pula nilai iman kita di sisi Allah.

Perumpamaan ini mungkin boleh menyederhanakan persoalan: Seorang waliyullah tidak diragukan lagi telah melihat pelbagai "keajaiban" dan "rahsia" Allah. Dia sudah menyaksikan dan merasakan getaran cinta ilahi. Kalau Allah mengangkat darjatnya, tentu saja kita tak akan hairan. 

Kita akan merasa kagum apabila, seorang pengurus yang sangat sibuk dalam keadaan di mana "time is money", namun tetap berusaha menunaikan solat lima waktu di kala dalam keadaan yang sibu. Begitu juga dengan seorang pekerja bangunan yang lebih banyak menggunakan kekuatan otot berbanding otaknya, namun masih mampu berpuasa di bulan Ramadhan walaupun dia perlu bekerja di tengah terik mentari.

Bagi orang biasa seperti, tentunya pengurus dan pekerja bangunan tersebut memiliki iman yang menkagumkan.

Kita bukanlah sahabat Nabi yang telah menyaksikan secara langsung betapa mulianya akhlak junjungan nabi SAW itu,  kita juga bukan malaikat yang tidak mempunyai hawa nafsu,  kita juga bukanlah waliyullah yang telah merasakan manisnya kasih sayang Allah. Kita adalah manusia biasa yang penuh dengan kelemahan.

Dalam kelemahan itulah kita masih beriman kepada Allah. Dalam ketidakhebatan kita itulah kita selalu berusaha mendekati Allah. Di tengah kesibukan dan beban ekonomi yang semakin meningkat, kita tetap keluarkan zakat dan sedekah. Tak sedikitpun kita akan gadaikan iman kita.

Di tengah dunia yang semakin penuh persaingan, kita masih sempatkan untuk mendirikan solat. Di tengah godaan duniawi yang luar biasa, kita tahan nafsu kita di bulan Ramadhan. Di tengah kumpulan manusia yang putus asa dengan krisis ekonomi ini, kita masih boleh bersyukur sejemput nikmat yang diberikan Allah.

Nabi Muhammad telah menghiburkan kita dengan sabdanya, "Berbahagialah orang yang melihatku dan beriman kepadaku," Nabi ucapkan kalimah ini satu kali. Tetapi sabda baginda yang berikutnya Nabi SAW mengucapkan kalimah terakhir ini tujuh kali iaitu, "Berbahagialah orang yang beriman kepadaku padahal tidak pernah melihatku." 