Wednesday, July 27, 2011

WARAN / HAK LANGGANAN BOLEH PINDAH (TSR)

WARAN DAN HAK LANGGANAN BOLEH PINDAH (TSR)

Hak Langganan Boleh Pindah (TSR) atau kini lebih dikenali sebagai waran, memberi pemegangnya hak tetapi bukan kewajipan, untuk melanggan saham biasa baru pada harga kuat kuasa yang telah ditetapkan dalam tempoh masa tertentu. Perlu diingat bahwa waran tidak bernilai lagi selepas tempoh masa yang ditetapkan.

Apabila membeli waran, bayaran yang boleh dijelaskan biasanya lebih rendah daripada harga saham atau aset pendasar yang diliputinya, justeru ia tidak memerlukan modal yang tinggi berbanding membeli saham atau aset pendasar di pasaran secara langsung. Oleh itu, waran memberi anda hak untuk membeli instrument dasar pada harga yang telah dipersetujui dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

Contohnya, jika anda membeli waran untuk saham sebuah syarikat, anda lebih dahulu dikehendaki membayar harga waran (misalnya RM0.50 satu unit), yang biasanya lebih rendah daripada harga saham. Dalam tempoh yang telah ditetapkan, waran memberi anda hak untuk melanggan saham pada harga kuat kuasa yang ditetapkan, misalnya RM2 bagi setiap saham. Jika harga pasaran saham itu naik melebihi RM2 (harga kuatkuasa), anda boleh membiat keputusan untuk menguatkuasakan hak anda dengan membeli saham pada harga yang dipersetujui (kuat kuasa) iaitu RM2.

Sekiranya keadaan yang sebaliknya berlaku, iaitu harga aset pendasar atau saham seperti yang terdapat dalam contoh di atas jatuh bawah paras RM2 (harga kuatkuasa) , anda boleh membuat keputusan untuk tidak menguatkuasakan hak anda untuk melanggan saham tersebut pada harga (kuat kuasa) RM2 kerana ianya tidak lagi menguntungkan. Ia tidak lagi menarik kerana anda boleh membelinya di pasaran dengan harga yang lebih rendah. (Contoh yang diberi di atas hanyalah sebagai gambaran dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan untuk membeli atau menjual waran)

Ingatlah bahawa waran tidak bernilai lagi selepas tamat tempoh pelaksanaan yang ditetapkan.

Saturday, July 23, 2011

DERMA DAN WAKAF


 DERMA DAN WAKAF

Kami amat mengalu-alukan sumbangan wakaf/derma tuan/puan kepada Pusat Pendidikan Al Barakah.
'Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tangkai dan tiap-tiap tangkai ini mendapat seratus biji. Dan Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiny dan Allah Maha Kuasa (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.'   (Surah Al Baqarah : Ayat 261)

'Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang yang beriman akan diri dan harta benda mereka dengan bahawa mereka akan beroleh syurga disebabkan mereka berjihad pada jalan Allah.' (Surah At Taubah : Ayat 111)

'Apabila mati anak Adam terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.' (Hadis Riwayat Muslim)

'Para ahli fiqh dan ulama berpendapat wakaf adalah satu-satunya ibadah yang berbentuk amalan jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir kepada pewakaf sehingga ke hari akhirat selagi harta tersebut kekal dan dimanfaatkan.'

Kami amat mengalu-alukan sumbangan wakaf/derma tuan/puan kepada Pusat Pendidikan Al Barakah. Sumbangan tuan/puan akan kami salurkan bagi kegunaan :
Wakaf
  • Pembinaan Asrama Maahad Tahfiz.
  • Menaiktaraf fasiliti dan keperluan pembelajaran
Derma
  • Untuk pengurusan pusat Pendidikan Al Barakah, yang 100% bergantung kepada sumbangan orang ramai dan yuran pelajar-pelajar.
  • Untuk pengurusan Maahad Tahfiz Al Barakah.
  • pengurusan asrama & keperluan anak yatim.
  • Bantuan kepada fakir miskin.
  • Bantuan kepada muallaf.
  • Untuk perbelanjaan pengurusan majlis-majlis ilmu di PPAB.
  • Untuk pembangunan infrastruktur PPAB.
Segala sumbangan tuan/puan dalam bentuk derma dapat dibuat ke dalam akaun (boleh digunakan untuk zakat dan wakaf):


cimb
Pusat Pendidikan Al Barakah No ACC : 08160000129107
bank islam
Pusat Pendidikan Al Barakah No ACC : 08013010054743

Pusat Pendidikan Al Barakah No ACC : 152001881970137

Anda boleh muat turun borang di ;  

Segala sumbangan derma dan wakaf daripada tuan-tuan didahului ribuan terima kasih.  Semoga Usaha murni dan niat ikhlas tuan-tuan mendapat balasan baik dari Allah SWT.









Ustaz Kazim









Ustaz Mohammad Kazim Elias Al Hafiz
Pengetua

NAK KURUS DAN LANGSING

PETUA KURUS DAN LANGSING


Berat badan yang berlebihan?  Ingin kurus dan langsing.  Kos yang minima.  LAKUKAN PELANSINGAN ANDA SENDIRI.

Tapi anda perlu berusaha.  Di sini ada beberapa cara atau petua berguna untuk kurus dan lansing. Anda boleh lakukan sendiri ;-

1.  AIR LIMAU NIPIS
Ambil dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari,  setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk,  masukkan ke dalam peti sejuk.  Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam.  Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan.  Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

2. TEH CINA + LIMAU NIPIS
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air.  Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis.  Minum berterusan  2 kali sehari  sebelum sarapan dan sebelum tidur.

3. ASAM JAWA
Air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.  Caranya,  Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam segelas air .  Masukkan ke dalam peti sejuk,  minuman selepas anda makan tengahari atau makan malam.  Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

4. TEH CINA/HIJAU + SERBUK KAYU MANIS + MADU
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

5. HALIA BARA
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :  Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

6. KAPUR SIRIH (MAKAN) + LIMAU PURUT
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul Sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

7. LIMAU NIPIS + TEH
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum.  Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis.  Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.


SELAMAT MENCUBA SEMOGA BERHASIL.



Wednesday, July 20, 2011

Kisah Cat Steven Memeluk Islam

Kisah Yusuf Islam (Cat Steven) memeluk Islam

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
-Diambil dari Majalah i Keluaran Disember 2005 -

Di sini dipaparkan temu bual Yusuf Islam yang dikutip dari pelbagai sumber, menyingkap pandangan, pengalaman serta perjalanan hidup beliau.
Dulu anda sangat popular, tetapi disebabkan gaya hidup yang anda jalani menyebabkan anda dihinggapi satu penyakit yang berbahaya. Apakah hal tersebut yang menyebabkan anda mengubah haluan hidup?
    Itu adalah benar. Sebelum itu saya tidak menyedari apa yang terjadi pada diri saya. Saya terasa menjalani satu kehidupan yang sangat cepat, kehidupan sebagai artis pujaan yang gemerlapan dan mewah. Pada masa yang sama saya terpaksa bekerja lebih masa. Hidup saya seolah-olah tidak normal. Pada masa yang sama saya ketagih minum minuman keras, merokok dan sebagainya.

    Akhirnya saya terpaksa membayar gaya hidup seperti itu apabila doktor mengsahkan saya diserang penyakit TB. Ini menghairkan kerana penyakit ini dianggap sudah pupus pada abad ke-20 ini yang kononnya sistem perubatan dan gaya hidup manusia sudah canggih.

    Saya kemudian tersedar dan memikirkan kembali tentang makna hidup saya selama ini dan ke mana selepas itu. Kesedaran ini mendorong saya melakukan satu perubahan besar. Rupanya tempoh rawatan yang saya terima, adalah satu peluang untuk saya merenung perjalanan hidup saya. Inilah hikmah berharga di sebalik penyakit yang menimpa saya kerana dalam keadaan biasa kita tidak mempunyai masa dan kesempatan untuk merenung sesuatu yang berharga dalam hidup kita.
Selepas anda sihat, khabarnya anda melakukan pengembaraan rohani untuk mencari kebenaran yang akhirnya bertemu dengan agama Islam?
    Saya mendapat rawatan yang cukup lama di sebuah hospital di Essex, timur London. Selepas sihat saya kemudian banyak mempelajari nilai-nilai Timur seperti Buddha, Hindu, I Chi Zen dan pelbagai lagi. Saya juga sempat mempelajari asal usul fahaman keagamaan keluarga saya yang berasal daripada Kristian Yunani lama.

    Bagaimanapun semua itu tidak memuaskan hati saya . Saya masih ragu-ragu dengan huraian yang diberikan. Seorang wanita  Australi memperkenalkan saya pada ajaran sufi Jalaludin Rumi. Ajaran tersebut sangat memberi kesan, tetapi saya masih tidak menjumpai apa yang saya cari.

    Suatu hari saya mengalami kemalangan yang mengerikan. Waktu itu saya sedang berada di pantai Malibu, di pinggiran bandar Los Angeles, Amerika Syarikat iaitu kawasan para jutawan bermastautin. Waktu itu saya sedang melawat rumah pengurus rakaman saya, Jerry Moss. Saya memutuskan untuk berenang di pantai pada hari itu dan saya tidak tahu bahawa hari itu merupakan hari yang berbahaya untuk berenang kerana musim tengkujuh dan ombak yang sangat besar.

    Semasa mandi, saya diheret oleh satu arus yang menyebabkan saya tenggelam. Dalam keadaan cemas seperti itu, saya sedar bahawa tidak ada yang boleh menolong saya. Secara spontan saya berteriak sekuat-kuatnya, " Tuhan, jika Engkau selamatkan aku, aku akan bekerja untukMu!". Tiba-tiba sebuah ombak besar mendorong saya dari belakang menghempas ke pantai. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada saya berenang, dan akhirnya selamat. Saya seperti tidak percaya bahawa saya masih hidup. Peristiwa itu sesuatu yang luar biasa.

    Pada waktu itu saya yakin benar bahawa Tuhan itu ada. Tetapi sebagai manusia, kita sering melupakan janji-janji yang dilafazkan apabila telah selamat. Tetapi Tuhan tidak pernah melupakannya.
Lalu sejak bila Islam memberi kesan kepada kehidupan anda?

   
Tidak lama selepas itu, Islam menyelinap ke dalam hati sanubari saya, melalui abang saya David. Selepas melakukan perjalanan ke Jerusalem tahun 1976, David sangat tertarik dengan cara orang Islam beribadah di sekitar Masjid al-Aqsa. Menurutnya orang Islam nampak sangat khusyu', tenang semasa beribadah dan tanpa patung dan tanpa gambar. Selepas pulang ke London, David mencari senaskah al-Quran di sebuah kedai buku. Dia kemudiannya membelikan untuk saya kerana dia tahu saya sedang dalam 'pencarian'.

    Saya menghabiskan waktu satu tahun untuk membaca al-Quran sehingga habis, sebelum memutuskan untuk memeluk Islam.

    Pada waktu sangat berat bagi saya bersikap terbuka terhadap Islam kerana saya telah dipengaruhi oleh pelbagai persepsi negatif terhadap Islam. Ayah saya adalah seorang Yunani-Cypriot, dan kerananya semua yang berkaitan dengan Islam dan 'Turki' adalah berbahaya disebabkan mereka musuh ketat kami. Jadi saya pujuk hati saya, bacalah kerana ini hanya sebuah buku dan ia tidak akan melukaimu.

    Saya mulai membaca al-Quran dan hal pertama yang saya pelajari adalah nama Tuhan. Dimulai dengan..." Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam..."

    Ini sangat mengejutkan saya kerana saya tidak menyangka bahawa orang Islam itu percaya pada Tuhan! Saya menyangka mereka selama ini menyembah Muhammad. Semakin banyak saya membaca al-Quran, semakin ia membuat saya kagum dan takjub.
Lalu apa yang anda peroleh daripada al-Quran?
    Yang pertama dan utama al-Quran bercerita tentang iman kepada Allah yang Ahad untuk semua manusia, dan bercerita tentang umat manusia sebagai sebuah keluarga. Ada juga ayat-ayat yang menceritakan tentang para Nabi yang bersaudara yang telah menyampaikan pesan yang sama kepada umat manusia, berusaha mengajak manusia kembali ke jalan yang benar.
    Saya melihat nama-nama Yesus, Moses, Abraham, Jacob, Noah dan yang terpenting adalah utusan terkahir Muhammad Sallallahu'alaihi wasalam. Semua mereka disebut oleh al-Quran dengan penghormatan yang sama sebagai Nabi utusan Allah Subhanahu wa Taala.
    Salam satu ayat itu berbunyi :" Wahai manusia sembahlah Tuhan yang menciptakanmu dan orang-orang yang sebelum kamu, supaya kamu beriman kepadaNya".
    Sepanjang hidup saya belum pernah saya mendengar ayat yang seperti ini. Akhirnya kesemua yang saya baca membawa saya kepada satu kesimpulan iaitu " inilah kebenaran yang saya cari".
   
Apakah tidak timbul sedikit pun penolakan di dalam hati anda?
    Ya, pada mulanya saya seperti dicabar untuk mencari kelemahan di dalam al-Quran tersebut. Lalu saya mulai mecari-cari kelemahan dan kesalahannya. Saya terfikir takkan tidak ada satu atau dua hal yang tidak sempurna.

    Tetapi datang satu bisikan dalam diri saya bahawa apa yang saya baca adalah satu kesempurnaan. Semakin saya baca, semakin ia mengasyikkan. Saya seperti diserap oleh al-Quran.

    Yang paling berkesan pada diri saya adalah kisah dalam surah Yusuf, kerana kisahnya hampir sama yang terdapat dalam kitab Injil. Selepas saya membaca surah tersebut, tiba-tiba hati saya seperti terbuka dan air mata saya bercucuran tidak henti-henti.

    Saya yakin buku ini tidak mungkin ditulis oleh seorang manusia. Ini pasti sebuah wahyu. Sejak saat itu, saya mula sedar tidak ada cara lain selain saya harus menjadi seorang Muslim.

    Akhirnya saya bertemu dengan seorang Muslimah yang memberitahu saya bahawa ada sebuah masjid yang baru dirasmikan di Regent's Park. Padahal selama bertahun-tahun saya melalui kawasan itu, yang saya lihat hanya pepohon, semak belukar dan padang rumput.

    Kini, di celah-celah pepohonan hijau itu saya melihat kubah keemasa yang belum pernah saya saksikan sebelum ini.

    Pada suatu hari di musim sejuk tahun 1977, saya mengambil keputusan yang mengubah hidup saya, saya berjalan kaki untuk ke masjid itu untuk menyatakan keyakinan saya. Saya mengatakan " Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruhNya".
Apa reaksi keluarga anda dengan keputusan anda itu?

   
Saya sedar bahawa langkah ini akan memberi kesan yang besar pada keluarga saya, teman-teman dan masyarakat. Tapi yang paling penting dalam keputusan itu, bukanlah apa yang difikirkan orang tetapi saya seperti kembali ke fitrah yang suci. Jika kita mendengar bisikan hati kita, maka kita akan pergi.

    Sejak saat itu, saya terus mendengarkan suara hati saya dan saya yakin hanya seruan Allah yang harus ditaati dan diikuti. Itulah perjalanan akhir daripada pencarian saya.
Mengapa anda memilih nama Yusuf?
    Saya ingin membuang kenangan sebagai seorang Cat Stevens. Apabila saya menjadi seorang Muslim, saya memerlukan satu nama baru. Disebabkan surah dalam al-Quran yang paling saya sukai adalah surah Yusuf, maka saya abadikan nama itu pada nama saya.





SILA KLIK IKLAN INI


Tuesday, July 12, 2011

Ada Apa Dalam Kalimah Syahadah ?

 ERTI  SYAHADAH

PERTAMA, erti kalimah syahadah (la ilah illa Allah) “tiada Tuhan melainkan Allah” dikira betul mengikut terjemahan harfiyah bahasa Arab. Kita analisis setiap perkataan dalam kalimah terbabit.

Kata ‘la’ adalah kalimah nafiyah dalam bahasa Arab, iaitu penafian yang bermaksud ‘tiada’. Perkataan ‘ilah’ dalam bahasa Arab bermaksud ma’luh atau ma’bud iaitu ‘apa yang disembah’.

Terjemahan ‘ilah’ kepada Tuhan dikira tepat berdasarkan pengertian tuhan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Dalam Kamus Dewan terdapat kata dasar yang berupa homonim (kata-kata yang sama ejaannya dan sebutan tetapi berlainan maknanya) dengan diperturunkan berasingan diikuti dengan angka I, II dan seterusnya sebagai penanda yang memisahkan.

Ini membabitkan kata dasar tuhan yang disenaraikan kepada dua pengertian utama. Kata dasar pertama, ‘tuhan I’ bermaksud “sesuatu (seperti dewa dan sebagainya) yang dipuja oleh golongan manusia yang agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepada Tuhan yang Esa. Manakala kata dasar kedua, ‘Tuhan II’ bermaksud “Allah yang mencipta alam semesta.”

Perkataan tuhan boleh membawa erti 'ilah' dalam bahasa Arab dengan maksud apa yang dipuja, disembah dengan sebagainya. Perkataan tuhan juga sama dengan perkataan rabb dalam bahasa Arab dengan bermaksud “Allah iaitu Tuhan yang mencipta dan mentadbir alam semesta.'

Perkataan ‘illa’ kata ithbat dalam bahasa Arab iaitu mensabitkan sesuatu selepas penafian dengan kalimah nafiyah, ‘la’. Ia boleh diterjemahkan dalam bahasa Melayu sebagai “kecuali, melainkan, selain, lain daripada”.

Perkataan ‘Allah’ ialah nama yang paling sempurna mencakupi segala nama dan sifat bagi Tuhan meliputi kata Rabb dan Ilah. Sesetengah ulama mengatakan ia berasal dari kalimah al-ilah, iaitu dibuang hamzah dan diidgham ‘lam’ yang pertama dengan ‘lam’ yang kedua dan ia menjadi ‘lam’ yang mushaddadah (ditasydid) dan mudakhkhamah (dibaca tebal).

Bagaimanapun sesetengah ulama menyatakan ia bukan nama terbitan (mushtaq) tetapi nama khas. Dengan itu maksud kalimah syahadah ini ialah Allah adalah Tuhan yang sebenar, tiada Tuhan selain-Nya.

Tuhan di sini bermaksud ‘Rabb’ yang memiliki dan mencipta segala sesuatu. Seterusnya, Dialah juga Tuhan yang mesti diesakan dalam beribadat. Tuhan di sini bermaksud ‘Ilah’, iaitu yang disembah (ma’bud atau ma’luh).

Dengan itu kalimah syahadah iaitu kalimah tawhid iaitu mengesakan Allah dalam merangkumi:

(1) Tawhid rububiyyah iaitu pengakuan bahawa Allah sahaja yang mencipta, memilik, menghidup, memati, memberi manfaat, memberi mudarat, memperkenankan doa ketika kesusahan hamba, berkuasa penuh terhadap mereka, mengurniakan segala sesuatu dan menahan mereka, kepunyaan-Nyalah segala urusan makhluk dan titah perintah.

(2) tawhid uluhiyyah, iaitu mengakui bahawa hanya Allah Tuhan yang sebenar, tiada tuhan selain-Nya dan Dialah Tuhan yang wajib diesakan dalam beribadat dan;

(3) tawhid asma wa sifat, iaitu mengakui bahawa Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan dan suci bersih dari segala sifat kekurangan dan penyerupaan dengan sifat-sifat makluk (Muhammad Na’im Yasin, al-Iman, trj. Abdul Rahman Abdullah, Iman: Rukun, Hakikat & Pembatalan).

Menterjemahkan dengan kalimah syahadah sebagai ‘ada Tuhan iaitu Allah’ adalah tidak tepat dan mengelirukan. Ia tidak tepat kerana tidak merangkumi makna sebenar kalimah syahadah seperti di atas dan mengelirukan kerana tidak sampai maksudnya yang sebenar.

Kedua, pandangan bahawa bahawa kata Tuhan tidak dibawa dalam zikir adalah benar. Begitu juga ilah dan rabb dalam bahasa Arab. Sebaik-baik zikir ialah “la ilah illah Allah.”

Ketiga, pengunaan kata ‘Ya Allah, Ya Tuhan kami/aku’ adalah tepat dan boleh digunakan berdasarkan keterangan di atas dengan maksud Tuhan di sini adalah Tuhan yang disembah dan Tuhan pencipta segala sesuatu, iaitu Allah.

Keempat, asal usul perkataan tuhan atau Tuhan mungkin daripada perkataan ‘tuan’ atau ‘Tuan’. Menurut kajian Alif Danya Munsyi dalam majalah Tiara (1984), pada mulanya kata tuhan hanyalah 'pelesetan' dari kata tuan.

Ia terjadi kerana kesalahan seorang Belanda bernama Leijdecker pada tahun 1678 yang sukar menyebut secara betul.
Dalam tradisi agama Kristian di Eropah, Nabi Isa biasa disebut dengan panggilan ‘tuan.’

Dalam bahasa Yunani adalah ‘Kyrios’, dalam bahasa Portugis ‘senor’, dalam bahasa Belanda ‘heere’, dalam bahasa Prancis ‘seigneur’ dan dalam bahasa Inggeris ‘lord’ (lihat, A. Husein KNDM, ‘Asal-usul Perkataan Tuhan,’ http://wiriajaya.multiply.com/journal/item/85). Dengan itu ia bertepatan dengan kata Rabb dalam bahasa Arab yang bermaksud, tuan punya atau pemilik.

Kelima, perkataan tuhan bukan menjadi ‘hantu’ apabila perkataan tuhan disebut berkali-kali. Seperti yang dikatakan ia tidak pernah dizikirkan dalam masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu sebenarnya sudah mendalami ajaran Islam sejak dahulu.

Bagaimanapun, penjajahan yang berlaku agak lama dalam masyarakat menyebabkan berlaku kejahilan dalam beragama. Islam terutamanya banyak disalah-tafsirkan.

Adalah menjadi tanggungjawab masyarakat dan kerajaan mendidik masyarakat mengenai ajaran Islam yang sebenar merangkumi pandangan hidup, budaya dan akhlak Islam.
Dengan itu Islam dapat difahami dan diamalkan sebenar-benarnya.

Petikan Daripada : Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Abdul Salam Muhammad Shukri - Pengarang Rencana, Harian Metro

 

Imam Muda 2 Astro - Hambamu - Mawi & Akhil Hay

Tema Imam Muda 2 Astro

Tuesday, July 5, 2011

Baiki Bacaan Al-Fatihah Supaya Tidak Menyeru Nama Syaitan ?


Baikilah bacaan Al-Fatihah dengan ilmu tajwid.  Berikut adalah beberapa tempat yang perlu diberi perhatian semasa membaca surah ini supaya bacaannya tidak rosak malah menggelakan kita daripada menyeru nama syaitan di dalam solat  kita.

 

 Untuk Penerangan Lanjut Rujuk Artikel Agama yang lepas berkenaan Syaitan dalam Al-Fatihah?

Sunday, July 3, 2011

Mufti Yang Bijak

Mufti Yang Bijak

Seorang Mufti duduk bersebelahan dengan seorang paderi dalam satu penerbangan.  Berlakulah dialog berikut ;

Paderi : Apa pekerjaan anda?

Mufti: Saya mengendalikan  perniagaan
yang besar.

Paderi: Perniagaan apa sebenarnya itu?

Mufti: Saya berurusan dengan Tuhan (Allah)

Paderi: Oh, jadi anda pemimpin agama Islam.
Saya mempunyai satu masalah bersama anda  orang Islam. Anda menindas wanita anda.

Mufti: Bagaimanakah kami menindas wanita?

Paderi: Anda menyuruh wanita anda menutupi dirinya (bertudung) dan anda memerintah mereka duduk dalam rumah.

Mufti:
Oh, saya juga mempunyai satu masalah dengan orang-orang anda (penganut kristian),  anda menindas WANG.

Paderi: Apa? Bagaimana boleh seseorang dikatakan menindas wang?

Mufti: Anda menyimpan wang.  Anda menyembunyikannya jauh, dalam dompet, bank-bank dan peti besi. Anda menyimpan ia ditempat tertutup. Mengapa tidak anda mempamerkan wang anda di tempat awam (orang ramai) jika wang itu satu bahan menarik (cantik)?

Paderi: Sudah tentu wang itu akan dicuri.

Mufti: Anda menyimpan wang di tempat tertutup kerana ia begitu berharga.  Kami menghargai nilai sebenar wanita jauh, lebih jauh lagi.  
Lantaran itu mereka (wanita) tidak dipamerkan kepada seseorang dan semua.  Kehormatan dan maruah mereka terpelihara.


 

Friday, July 1, 2011

Urusniaga Saham T + 3

Urusniaga Saham 1 :  Urusniaga Saham  T + 3

Disebutkan takrifnya oleh web bursa Malaysia sebagai :-

"There is no physical delivery of shares under the CDS. Instead, the CDS uses a simple book entry system to keep track of the movement of shares which arise from trades affected on Bursa Malaysia. For example, if you are a buyer of share A, your CDS account will be credited with Share A and the seller's account will show a debit of Share A. Sellers must have adequate shares in their CDS accounts by 12.30 pm on T+2 and buyer's account will be credited on T+3 with the shares, with T being the transaction date."

Atau secara mudahnya T+3  bererti urusniaga pembelian saham  dibuat sebagai contoh pada hari Isnin, tetapi pembayaran bagi pembelian tadi akan diselesaikan dalam sebelum atau pada hari khamis ( dalam masa 3 hari). Pemilikan saham akan bertukar milik sejurus selepas transaksi walaupun pembayaran belum dibuat.

Walaubagaimanapun, jangan disangka bahawa di antara tempoh 3 hari itu, seseorang mempunyai masa untuk membatalkan urusniaga. Urusniaga telah termeterai pada hari urusniaga iaitu hari isnin dalam contoh di atas cuma proses pertukaran dan pembayaran sahaja yang belum dibuat.  ( http://www.investopedia.com/

Hukum
a) Jika pembeli punyai wang secukupnya dari awal ; Jika pembeli membeli sekuriti patuh Shariah dengan cara T-3, beliau juga sememangnya telah mempunyai wang yang cukup dalam akaunnya sebanyak nilai pembelian sahamnya dari hari pertama lagi.  Kemudian ia menjualnya apabila dilihat harganya menaik walaupun sebelum sampai tempoh pembayaran dibuat. 

Menurut keterangan di dalam web bursa Malaysia (http://www.bursamalaysia.com/website/bm/bursa_basics/) seseorang yang ingin membeli mestilah mempunyai wang yang mencukupi untuk ‘cover' harga ysaham yang dibeli dan juga kos transaksi. 

Tatkala itu saya berpandangan bahawa hak milik sekuriti yang dibeli telah sempurna dan ia juga memang mempunyai wang yang mencukupi bagi tujuan pembelian itu walaupun belum sampai hari perlu bayar, tatakala itu, belian dan jualannya adalah sah. 

Adapun jika si pembeli tidak mempunyai wang yang cukup di dalam akaunnya pada waktu pembelian, tetapi hanya dipinjam dari wang broker dengan kadar faedah tertentu dengan harapan harga akan menjadi lebih tinggi dari apa yang dibeli,
Ini dilakukan bagi membolehkannya menjual sekuriti yang duibelinya sebelum sampai masa perlu bayar dan membuat keuntungan atas angin kerana membeli tanpa modal sebenar. Bagi saya urusniaga seperti ini ( jika berlaku) ia tidak syak lagi mempunyai unsur Riba (jika modal yang dipinjam punyai interest), 

Sekiranya tiada punyai sebarang ‘interest', ia masih mempunyai elemen perjudian kerana ia benar-benar bergantung kepada nasib dan harapan harga akan naik. Pembeli pula tiada sebarang wang yang mencukupi, ia hanyalah bergantung kepada wang broker yang mengabuinya. Tatkala itu transaksi ini tidak halal. Wallahu'alam.

b) Jika pemilikan sekuriti ( saham) tidak bertukar dengan serta merta pada hari urusniaga dijalankan, ia adalah haram kerana ia tergolong dalam larangan nabi jual hutang dengan cara hutang. Dalil larangannya :

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW melarang dari menjual hutang dengan hutang" (Riwayat Ad-Dar Qutni ; At-Tabrani, Al-Hakim : Sohih atas syarat Imam Muslim ; Naylul Awtar , no 2187 ; 5/174 )

Imam Ahmad, Ibn Munzir, Ibn Rusyd, Ibn Quddamah, Ibn Taymiah , As-Syubki dan  Imam As-Syawkani menyebutkan bahawa telah Ijma' seluruh ulama bahawa haram membeli secara tangguh serahan barang dan juga tangguh serahan bayarannya. (Al-Mughni, 4/53 ; Bidayatul Mujtahid, 2/162 ; Az-zarqani ala Muwatta, 3/308)

Maksudnya, jika membeli sesuatu saham, dan pembayaran akan dibuat dalam masa 3 hari dan pertukaran milik juga hanyaa akan dibuat dalam 3 hari. Ia diharamkan kerana tergolong dalam larangan hadith di atas. Bagaimanapun, jika pertukaran milik saham berlaku di waktu transaksi, hanya pembayaran dalam masa 3 hari, maka ia halal.  

11) Kontra
Menrut kefahaman saya, pembelian saham secara kontra adalah tindakan membeli saham tanpa mempunyai wang yang cukup didalam akaun. Apa yang dibuat adalah atas dasar andaian dan teka-teka bahawa harga saham yang dibelinya akan naik sbeelum sampai hari wajib bayar.
Urusniaga seperti ini dinamakan kontra dan ia telah larang untuk dilakukan di Malaysia. Dahulu, ia memang berlaku terutama sewaktu T + 7 diamalkan iaitu hari pembayaran adalah  tujuh hari selepas transaksi.

Hukum
Hukum bagi transaksi kontra ini adalah perjudian pada pandangan Islam dan diharamkan.


Petikan daripada ; http://www.zaharuddin.net/
Oleh Zaharuddin Abd Rahman             6 Ogos 2007